Tuesday, October 04, 2005

Lama jugak aku tak update.. mak iTi dok leter tak abes2.. naik tebal cuping telinga dengonye... tak kose aku.. harinih mck tuh cuti lagi.. al-maklumle balik kg husband dia kt Johor. Kena la amik cuti.. jauh kan?? esok dh pose wey?? tap tup.. tap tupp... dh nak raya pulak.. aku masih lagi solo.. mak iTi dah jalan.. Minie jugak pun dh jalan.. walaupun tak duduk sekali lagi.. Aya pulak tengah-tengah nak lintas jalan.. kenduri bulan Januari 06, nanti.. moh le kita beramai-ramai kat Puncak Alam tuh ye.. jangan dikejo tonyok udah lerr.. tak kose teman.. dah le kena bilang bonggol yg banyak.. tuh.. Aku bila lagi?? Muahahahahah.... iskk.. lantok le ( dlm ati tuhan je yg tau.. kenan kt penswastaan kot? ramai beno anak dara tua kt sini.. nauzubillah!!!) Esok puasa.. kt bawah nih.. Saad dh tak jual pulak.. tinggal Sabri je.. Ape yg Sabri tu jual? klu ikut kan tahun lepas... maner ada dia jual lauk.. Aritu, masa akhir bulan Sept. si Aya tanyo kt aku nih ha.. nak amik WP1 ke..or nak amik WP2? iskk.. aku lebih senang cam biasa.. tapi..yelah kan? dah sahur tu baik terus bersiap gi keje.. kan? tapi dh terlambat.. dah 2 hari ketuk kad utk WP2. Ape2 le bedah.. kang kalu tak sompek kita benti je kt MOF tu ha.. beli lauk kt situ.. ape susah ha.. siapkan duit je.. muahahahahhahahah... Ha.. aku dapat part time wat kuih raya.. sejam RM2.. tolong letak ceri.. tolong boh bunga.. tolong celup coklat.. jadi lah.. cuma.. larat ke balik kol 12:00 mlm nih? tak do tarawih le jawab nye... macam le tahun lepas pegi .. ? pegi sekali dua tu wat bunga je.. tak straight. Cemana tuh? nak pegi ke idok? Duit raya tuh.. sapo nak bagi.. tapi aku kira idok le byk sgt.. cuma ++ RM200 or more je.. cemana tuh? pegi ke idok?

Bisnes kek teman mcm laris gak.. hehhe.. walau pun dikalangan kawan2 je. Cuma teman idok le amik tempah bebeno.. cuma tolong buatkan je.. at least ilang boring and.. boleh buat aku ingat resepi tuh.. tanpa tengok buku pun.. huh! teror tak? tapi lamo2 muka aku pun jadi cheese cake gak.kan? Korang tau tak?.. lerr mana le korang nak tau.. aku dpt bapak angkat baru!!.. masa aku gi ngan mak aku jumpa Pak Lang tuh.. dia wat aku anak angkat.. sioooott... so, raya nih aku kena la gi menjengok.. hmm... belikan kain pelikat ke.. ngan baju melayu.. ala.. bape duit le kan? di sini aku petik kata-kata Pak Lah PM kita pada hari bajet 06 aritu.. Di bawah...!

MENYEDIAKAN BANTUAN KOS SARA HIDUP KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM
116. Memandangkan kos sara hidup yang meningkat, Kerajaan akan memberi bantuan sara hidup kepada anggota perkhidmatan awam dalam Gred 1 hingga Gred 54, kecuali mereka yang mendiami kuarters atau yang menerima elaun wilayah, seperti berikut:
i) 150 ringgit sebulan bagi mereka yang berkhidmatan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Kajang, Kelang, Selayang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Johor Bharu, Georgetown dan Butterworth;
ii) 100 ringgit sebulan bagi mereka yg berkhidmat di 26 bandar lain; dan
iii) 50 ringgit sebulan bagi mereka yang bertugas di kawasan lain.

117. Perlaksanaan bantuan ini akan bermula 1 Januari 2006.

119. Sebagai menghargai sumbangan anggota perkhidmatan awam dalam mencapai matlamat negara, Kerajaan akan memberi bonus bagi tahun 2005. Untuk anggota yang berpendapatan sehingga seribu ringgit sebulan, mereka akan diberi bonus bersamaan satu setengah bulan gaji. Anggota yang berpendapatan melebihi seribu ringgit sebulan, bonus bersamaan satu bulan gaji akan dibayar tertakluk kepada bonus minimum seribu lima ratus ringgit. Bagi membantu lagi anggota Kerajaan menampung perbelanjaan tambahan menjelang hari-hari perayaan pada penhujung tahun ini, serta perbelanjaan untuk anak-anak mula bersekolah pada awal tahun hadapan, bonus ini akan dibayar dalam dua bayaran, iaitu pada bulan Oktober dan November 2005. Di samping itu, pesara Kerajaan akan diberi bayaran khas sebanyak 200 ringgit dalam bulan Oktober 2005.

Ingatkan bulan 11 nih dah dapat duit COLA.. rupa2 nye tahun depan.. tapi tak baper bulan dah pun... hmm... sukanye.. RM150 sebulan... leh la cover2 sket kan?? Dah tentu duit bonus nanti nak baiki kete teman tu ha.. sian bila balik kampung.. paneh giler... lepas tu nak tukar rim 15. heheheh.. berangan le tuh.. muahahah.... bila lagi kan?? iskk kena gak simpan utk roadtax.. tahun depan.. kang meraba lak carik duit kt mana?? Isk.. tak tau nak type ape dah.. aku maleh nak cite bebeno kt dlm nih.. beria-ria lak... kan main lagi.. kang minie sekeh aku kang.. mak iTi luku paler aku.. kang ape yg tingge.. Ina gebu nih .. dh tak gebu dah... kan susah...!!

No comments: