Tuesday, September 05, 2006

BAJET 2007

Menghargai Perkhidmatan Awam

119. Dalam melaksanakan Misi Nasional, anggota perkhidmatan awam perlu memainkan peranan yang lebih besar dan ini memerlukan tumpuan kepada prestasi kerja yang cemerlang. Indeks Prestasi Utama (KPI) telahpun diperkenalkan di beberapa agensi sektor awam semenjak tahun lepas. Pelaksanaan KPI akan diperluaskan ke semua kementerian dan agensi kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Langkah susulan akan diambil supaya ganjaran serta kenaikan pangkat kakitangan awam diasaskan kepada pencapaian KPI.

120. Kerajaan menghargai sumbangan dan dedikasi anggota perkhidmatan awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Untuk menambah baik kualiti hidup kakitangan yang berpendapatan rendah, Kerajaan akan menaikkan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada lebih sejuta kakitangan kumpulan sokongan antara 30 hingga 50 ringgit sebulan, berkuatkuasa 1 Januari 2007.

121. Pada masa ini, bantuan kos sara hidup telahpun dinikmati oleh anggota perkhidmatan awam yang tidak mendiami kuarters Kerajaan. Mulai 1 September 2006, bantuan tersebut akan dipanjangkan juga kepada mereka yang mendiami kuarters Kerajaan, dengan kadar 50 peratus daripada kadar yang diberikan kepada mereka yang tidak mendiami kuarters kerajaan. Bantuan ini memanfaatkan lebih 146 ribu kakitangan kerajaan.

122. Menyedari akan harga rumah yang semakin meningkat, Kerajaan akan meningkatkan kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 20 peratus, berkuatkuasa serta merta.

123. Sebagai menghargai sumbangan anggota perkhidmatan awam dalam mencapai matlamat negara, Kerajaan akan memberi bonus bagi tahun 2006. Untuk anggota yang berpendapatan sehingga 750 ringgit sebulan, mereka akan diberi bonus bersamaan dua bulan gaji. Anggota yang berpendapatan melebihi 750 ringgit sebulan, bonus bersamaan satu bulan gaji akan dibayar tertakluk kepada bonus minimum 1,500 ringgit. Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan Oktober dan Disember 2006.

p/s hehehe... so bape gaji kita naik ha.. mak iTi? tapi bonus tetap macam tahun lepas kan???

No comments: